Tuesday, March 31, 2009

BEKAM / HIJAMAH / CUPPING

Salam WBT. Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; "Bahawa tidak aku berlalu/berjalan di malam Isyrak dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".

Dengan berbekam, sebenarnya kita membuang darah kotor atau toksid dalam badan yang menyebabkan penyakit. Berbekamlah kerana ia adalah sunah.

Jika anda berminat boleh hubungi saya di 012-2134137 untuk temujanji khususnya bagi khariah Bandar Tun Hussein Onn Cheras Selangor.

Friday, January 30, 2009

Rawatan Cara Islam : Air Annusyrah

Anda yang menghadapi masalah dalaman yang sukar untuk disembuhkan. Mengapa tidak cuba cara yang ditunjukkan oleh Islam menggunakan kaedah rawatan pinggan putih dengan dakwat zaffaran. Anda boleh mendengar perbincangan mengenai kaedah rawatan ini di radio IKIM pada setiap isnin 5:30 petang pada minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung rawatan ini dengan menziarahi website berkaitan di http://islamicsufihealing.blogspot.com/ atau www.pingganputih.com atau www.annusyrah.blogspot

Atau hubungi saya di talian 012-2134137 untuk mendapatkan bekalan

AHLI KOPERASI JOM IKUTI LATIHAN DI MKM

Jika anda ahli atau Lembaga koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) satu-satunya institusi latihan koperasi di Malaysia yang diberi peranan untuk menyediakan program latihan kepada warga koperasi dari peringkat sijil, Diploma dan Ijazah dalam bidang koperasi. MKM juga menyediakan kursus jangka pendek kepada gerakan koperasi dengan bayaran yang minima.

Untuk mengikuti kursus koperasi anda boleh lawati laman web Maktab Kerjasama Malaysia di www.mkm.edu.my. JOM hadir kursus koperasi di MKM di seluruh negara.

JOM TUBUH KOPERASI

Alhamdulillah sebagai pensyarah di Maktab Kerjasama Malaysia satu-satunya institusi latihan koperasi di Malaysia saya tiada halangan untuk memberikan perkhidmatan kepada anda yang berminat untuk menubuhkan koperasi. Koperasi merupakan satu entiti yang matlamat penubuhannya untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota berdasarkan prinsip koperasi. Bagi menubuhkan koperasi, kita perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftar dan menyelia koperasi di Malaysia

Maklumat lanjut berkaitan suruhanjaya ini anda boleh melawati laman web www.skm.gov.my.

Anda boleh hubungi saya melalui emel ramlan@mkm.edu.my.


Thursday, April 24, 2008

SELAMAT DATANG KE BLOG HJ RAMLAN

Assalamualaikum WBT,
Saya harapkan dari blog ini kita akan dapat berkongsi maklumat dan bertukar pengalaman berkaitan perkara-perkara yang menjadi minat dan kepentingan bersama.